March 20, 2004

Pengorbanan atau Ketakutan

Bayangkan anda seorang ibu atau bapa yang mempunyai anak yang berpenyakit. Penyakit tersebut boleh membawa kepada maut. Anda telah berusaha sedaya upaya anda untuk mengumpulkan dana bagi membiaya pembedahan anak anda tetapi jumlah yang perlu dikumpulkan terlalu besar dan masa yang diberikan terlalu singkat. Kemudian seorang dermawan tampil untuk membantu anda dengan syarat anak anda akan menjadi anaknya dan anda kehilangan semua hak anda ke atas anak anda itu. Anda tak berpeluang memberitahunya bahawa dia adalah anak kandung anda. Apakah tindakan anda.

a) Bersetuju dengan tawaran itu?

b) Tidak bersetuju dengan tawaran itu?

Terdapat dua kemungkinan yang berlaku.
Pertama - jika anda bersetuju anak anda akan mendapat kehidupan baru tetapi anak anda tidak akan mengenali anda sebagai ibu bapanya.
Kedua - anda menolak dan anak anda kehilangan nyawanya.

Bagiku, pilihan pertama adalah yang terbaik. Asalkan orang yang aku kasihi dan cintai bahagia. Aku rela berendam air mata. Mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa tak wajar bagiku untuk melakukan sedemikian. Bagaimana dengan kebahagiaanku pula? Aku lebih rela melepaskan orang yang aku cintai demi kebahagiaannya. Aku mengenali diriku sendiri. Aku tahu segala kelemahanku dan kerana itu aku tak sanggup melihat orang yang aku sayangi menderita bersamaku. Adakah dengan mengorbankan kebahagiaanku aku bersikap pentingkan diri. Mestikah cinta bersatu andaikata cinta itu bakal menerima pelbagai penderitaan? Aku terlalu masak dengan kehidupan. Aku terlalu masak dengan penderitaan. Dan kerana itu aku mengerti, andai kata aku mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati. Maka aku harus bersedia melepaskannya biarpun terkadang hati ini terlalu pedih, terlalu sedih, asalkan kebahagiaan dia yang ku cintai terjamin. Biarpun mungkin dihina, biarpun mungkin dikeji, biarpun mungkin dibenci, aku tetap aku. Hingga akhir nanti.

March 13, 2004

Alphabetize your priority

Hari ni aku belajar sesuatu yang penting. Mengkelaskan sesuatu mengikut huruf. Dalam Bahsa Inggeris "Family comes before friends and friends comes before work". Untuk apa kita kerja penat-penat? Kekadang aku heran gak dan selalu tanya diri aku. Dan hari ni aku dah dapat jawapan yang memuaskan hati aku. Aku kerja untuk kesenangan keluarga aku, untuk mak aku dan aku sendiri. Tapi kalau aku terlalu tumpukan perhatian pada kerja aku sampai mengabaikan keluarga apa gunanya aku kerja pulun teruk-teruk Tak berbaloi. Macam yang aku katakan sebelum nih. "What good is success if you have no one to share it with". So, hari ni aku buat keputusan walau teruk macam mana pun, walau payah macam mana pun, aku akan sentiasa dahulukan keluarga dan rakan rakan dari kerja aku. Apapun aku berterima kasih pada rakan-rakan yang sentiasa beri dorongan pada aku. Yang motivate aku walaupun ada kalanya aku rasa dah tak larat nak motivate diri sendiri. Yang penting aku nak kejayaan aku dikongsi oleh semua orang yang aku sayangi.

March 01, 2004

Apa yang penting

Terkadang kita terlalu sibuk. Kononnya untuk mencari kesenangan bagi mereka yang kita sayangi. Hingga ada kalanya kita sendiri terlupa yang secara batiniah kita tidak mengendahkan orang yang kita sayangi.Terkadang kita terlalu sibuk dengan kehidupan duniawi sehinggakan kita lupa menikmati kehidupan akhirat dengan melupakan tanggungjawab kita kepada Allah swt. Kita cuma manusia biasa yang alpa, harus saling ingat mengingati antara satu sama lain. Kesibukan bukan alasan untuk meregangkan hubungan, kesibukan bukan alasan untuk menjauhkan diri kita dari tuhan dan rakan-rakan. Kita harus ingat, kesibukan kita ini adalah demi kesenangan orang yang kita sayangi tetapi jangan kerana kesibukan ini kita kehilangan orang yang kita sayangi. Alphabetize your priority, family before work, friends before obligations. Macam dalam cerita "Each Other" yang aku minati ada ungkapan yang menarik, "what good is success if you have no one to share it with" terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengingatkan aku tentang peri pentingnya perhubungan yang ikhlas. Thanks Adios Amigos.