February 23, 2004

Mentari Pastikan Bersinar

Ada kalanya kita merasakan bahawa malam terlalu panjang dalam kehidupan kita. Ada kalanya kita merasakan seolah-olah malam dalam penghidupan ini takkan berpenghujung. Namun mentari pastikan terus bersinar keesokkan harinya. Itulah janji tuhan selagi kiamat belum mendatang. Diterbitkan malam dan siang sebagai petunjuk bahawa harapan akan senantiasa menjadi panduan kepada kehidupan manusia. Dan selagi manusia bernama manusia biar betapa gelap pun kehidupannya, dikiri dan kanannya akan ada rakan-rakan yang setia membantu.
(Didedikasikan khas buat Kinky Lai)