Aduh Pening Kepala
Aduh pening kepala,
Hari gaji dah hampir tiba,
Untung tak banyak,
Nyaris si bos terhenyak
Pekerja pula membuta,
Gaji tak lupa minta.
Aduh bila nak gaji,
Apa nak makan anak dan bini,
Sedang bos sibuk berjoli,
Cuti dalam dan luar negeri,
Pekerja disini menghitung hari,
Mendapat gaji penyambung rezeki.
Wahai pekerja dengar rintihanku ini,
Betapa perit mengira untung dan rugi,
Tak kira malam petang dan pagi,
Sibuk mengurus syarikat industri,
Dengar keluhan wahai majikan,
Ada masa kami tak makan,
Sibuk berkerja bersama rakan,
Demi memenuhi segala tuntutan,
Wahai pekerja butakah kamu,
Untungnya tidak, rugi bertamu,
Semakin botak kepala majikan
Mencari untung mencari jalan.
Wahai majikan butakah anda,
Anak dan isteri lapar dan dahaga,
Kami di sini sibuk bekerja,
Anda disana sibuk berbelanja.
Wahai majikan wahai pekerja,
Buang yang keruh, eratkan kerjasama,
Kalau untung kita yang rasa,
Kalau rugi tanggung bersama.
Wahai majikan wahai pekerja,
Jangan berbalah jangan bertelingkah,
Kelak nanti kita yang susah,
Jadilah bagai aur dan tebing,
Bersama sama maju seiring.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home