September 28, 2004

Bersama Tenggelamnya Mentari

Senja makin menghampir.Perlahan-lahan mentari kian menghilang bagaikan ditelan oleh lautan yang meluas.Aku masih terpaku disini,melihat keindahan senja yang makin melarikan diri.Keindahan yang terpampang di mataku bagai mengajak aku untuk menghayati kebesaran Ilahi.Buih-buih ombak yang berkejaran ke pantai bagai tiada hari esok.Buih-buih itu seolah-olah berzikir memuji kebesaran Ilahi.Terkadang aku merasakan manusia bagaikan bebuih yang sibuk melanda ombak tanpa sebarang tujuan melainkan hanya bekejaran tanpa arah,sekadar rutin harian yang mesti dilakukan.Aku pernah bagai bebuih itu,berkejaran tanpa sebarang haluan,tanpa sebarang arah,tanpa sebarang tujuan.Namun kini,syukur terhadap Ilahi,aku telah menemukan cahaya yang akan menyinari kehidupanku.Telah kutemui nur yang diperuntukkan buat diriku.Nur yang suci ,timbul dari kesedaran yang abadi.Nur suci dari Ilahi..

Pernah suatu ketika dahulu aku mengharapkan agar cinta akan menghuni kamar hatiku ini tapi kini aku tidak mengharap lagi pada cinta.Aku hanya mengharapkan agar aku diberikan masa untuk menebus segala dosa silamku,kerana aku tahu masaku kini telah menghampir .Masa untuk aku menemui Penciptaku hampir tiba.Aku tiada masa lagi untuk berpeleseran dan menghabiskan masa aku bermain cinta.Aku kini harus menebus segala kesilapanku,membayar segala hutangku dan menambahkan amalanku agar aku dapat kembali dengan penuh ketenangan. Aku bersyukur kerana walaupun aku harus kembali kepadaNya,aku berpeluang menebus segala ketelanjuranku.Aku rasakan seolah diberikan peluang kedua.Satu peluang yang tak harus aku persiakan….


Terlalu lama aku disini.Terlalu asyik aku menatap keindahan bumi ciptaan Ilahi.Terlalu jauh aku mengelamun,memikirkan kembali nostalgia yang menghantui diriku…………..

“Assalamualaikum”

Satu suara yang lembut menyapaku dari arah belakang.

“Waalaikumussalam”

“Maafkan saya sekiranya saya menggangu saudara...Kalau tak salah saya…, saudara ni Taufik ,…dari kelas 6 atas Marikh?”

Aku terdiam sebentar sambil memerhatikan wajah yang ayu itu.Raut alis matanya mengingatkan aku pada seseorang yang pernah aku kenali.Puas aku cuba untuk mengingatkan kembali wajah itu namun usahaku menemui kebuntuan.Maklumlah telah lama aku tinggalkan alam persekolahan.Wajah ayu itu agak kemerahan menahan malu sehingga membuatkan aku tersedar dan malu sendiri dengan perlakuanku.



“Ya..,saya Taufik…,boleh saya tahu siapa saudari?…Rasanya…. saya pernah mengenali saudari… tapi minta maaflah… daya ingatan saya ni kurang baik.”

“Saya Sarina….,dari kelas 5 Utarid…, kan dahulu saudara pernah memberikan motivasi pada pelajar tingkatan 5?...Saya termasuk dalam kumpulan yang berada dibawah pengawasan saudara….Ingat tak?”

“ Oh ya!… Maafkan saya…,maklumlah… dah tujuh tahun saya tinggalkan alam persekolahan….Tak sangka saudari masih ingat dengan saya”

“Tak payahlah bersaudari dengan saya… ,panggil saja Sarina ….atau Rina,… itu kan lebih mesra?.”

“Kalau begitu… Sarina panggil saya Taufik atau Fik saja…,tak payah bersaudara-saudara dengan saya”

“Taufik…,Taufik marah tak… kalau Rina tanya Taufik satu soalan?” petah bibir mungil itu berbicara.

Tanyalah…,apa salahnya?”

“Rina perhatikan… Taufik selalu disini,…terkadang bagaikan dialam yang tersendiri...Apa yang Taufik fikirkan?”

“Sebenarnya,,,, ,Taufik kagum dengan keindahan alam ciptaan Tuhan…Terlalu cantik…, sehingga tak jemu mata memandangnya”

“Tak sangka ya…..,puitis juga orangnya Taufik ni”

“Oh ya….,tadi… Sarina cakap Sarina selalu memerhatikan Taufik…….,Taufik tak pernah nampak Sarina di kawasan ini pun…,dari mana Sarina perhatikan Taufik?”

“Dari rumah Rina..,tu..,rumah yang warna biru tu….”bicaranya sambil menunjukkan kearah sebuah rumah besar yang terletak tidak jauh dari batuan yang aku duduki.

Petang itu dihabiskan dengan perbualan mengenai kisah kisah silam.Tak pernah kusangka…,Sarina yang selalu menjadi rebutan dikalangan rakanku… kini bergelar akauntan di sebuah syarikat yang besar...Setelah senja menjelang dan azan Maghrib berkumandang…,aku meminta diri untuk pulang.Sejak itu… aku tak pernah keseorangan lagi…Sarina sentiasa menjadi temanku.Suasana petang dihabiskan dengan berbual tentang berbagai perkara. Terkadang… kami diam dan hanya sekadar menikmati keindahan senja dan kelembutan bayu yang menyapa.





Hari demi hari berlalu…Perhubungan antara kami semakin rapat...Sarina kini kupanggil Sari…,sesuai dengan perwatakan lembutnya yang dapat menambat hatiku.Telah ku semaikan harapan untuk menjadikan Sarina sebagai suri hidupku.Aku juga pasti Sarina menyimpan perasaan yang sama terhadapku.Tapi ternyata manusia tidak berkuasa mengubah takdir yang telah ditetapkan….

Petang itu…,kurasakan petang yang paling manis dan bersejarah buatku.Petang itu…,aku telah berjanji pada diriku sendiri bahawa aku akan meluahkan perasaanku terhadapnya.Namun entah mengapa…,dengan tiba-tiba aku menjadi terlalu pening dan sakit kepala….Memanglah aku kerap menghadapi sakit kepala tetapi taklah seserius petang itu.Aku pitam….dan buat pertama kali… aku memungkiri pantai dan senja yang indah itu.Aku dikejarkan ke hospital...Aku tersedar dari pitamku dan apa yang kelihatan… hanyalah manusia yang berseragamkan pakaian putih...Aku ditahan selama tiga hari untuk pemeriksaan lanjut.Akhirnya… keputusan kini berada di tangan doktor yang merawatku….

Aku takkan dapat melupakan saat yang paling pahit itu...Saat dimana aku terpaksa menghadapi kenyataan dan mengorbankan segalanya yang aku sayangi….

“Encik Taufik…,saya harap… encik dapat bersabar… dan menerima kenyataan… dengan hati yang terbuka.Kami telah menjalankan berbagai pemeriksaan…, dan hasil dari penelitian kami…,encik… menghadapi penyakit kanser otak yang tak boleh diubati….Penyakit kanser encik telah memasuki tahap kritikal… dan kami menjangkakan …bahawa encik hanya dapat hidup… lebih kurang 8 bulan lagi…Ketumbuhan yang terdapat pada otak encik terlalu besar… dan… berada di kawasan saraf yang sangat sensitif.Kami tak berupaya untuk melakukan pembedahan… kerana risikonya sangat tinggi….Saya harap encik dapat memahaminya … dan bersabarlah. Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaiknya….”

Aku hanya terdiam bagaikan pesalah yang yang baru dijatuhkan hukuman bunuh….Walaupun tutur kata doktor tersebut lembut dan mengandungi nada simpati… namun bagiku… ianya bagaikan pisau tajam yang menghiris hatiku….Lapan bulan….Dalam masa lapan bulan aku akan menemui Penciptaku…..Masa yang terlalu singkat aku rasakan….Aku ingin terus hidup.Aku ingin berkongsi kegembiraan dengan Sarina…,bakal suriku….Namun kini …segalanya kelihatan gelap-gelita….Masa depanku hanyalah sekeping kain putih dan liang lahat….Tuhan…. ,aku belum bersedia untuk mati...Terlalu banyak yang harus aku penuhi ..,terlalu banyak yang aku idamkan…. sedangkan masa yang diberi… terlalu singkat.Walau apapun yang aku lakukan..,walau betapa kuat hatiku membantah….,hakikatnya… aku akan mati…Aku perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan… sebelum aku kembali padaNya.Aku perlu melakukan pengorbanan...Aku perlu..,aku mesti… dan aku akan melakukan apa saja agar penderitaanku tidak akan melibatkan orang lain.






Lalu..,atas permintaanku..,penyakitku dirahsiakan dari pengetahuan semua terutamanya Sarina…Aku tak ingin mengecewakan hatinya… namun aku terpaksa… demi kebaikan dirinya.Aku tahu… aku takkan berupaya untuk membahagiakan dirinya… dan… aku tak ingin melihat dia kesedihan akibat kematianku.Lalu…, petang penentuan itu…,dengan langkah yang terlalu layu…,kutinggalkan hospital..l.Kepada rakan serumahku..,kunyatakan bahawa aku hanya mengidap penyakit biasa akibat kepenatan.Dengan memberikan alasan menyelesaikan masalah peribadi…,ku letakkan jawatanku.Aku kembali ke kampung bagi menyelesaikan segala tanggungjawabku terhadap kedua orang tuaku...Berbekalkan wang simpananku yang agak banyak…,ku hantar keduanya menunaikan haji...Kepada mereka kunyatakan bahawa aku berhenti kerana mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik…

Namun… aku terus membiarkan Sarina…,kerana aku terlalu takut hatiku akan mengkhianatiku… dan hasratku untuk melakukan pengorbanan tidak akan tercapai sekiranya aku melihat butiran airmata berguguran dari pipinya….Akhirnya ,perasaan rindu terhadap pantai,senja dan beburung camar tidak dapat dibendung lagi…..

Lalu…, aku kembali ke daerah yang biasa ku kunjungi….Dan petang itu…, aku terperangkap dengan perasaanku sendiri…Sarina yang telah lama tidak kuhubungi…, tergesa-gesa datang kepadaku dengan riak muka yang cemas….Aku cuba untuk bangun dan meninggalkan batuan senja…tetapi dia pantas menarik tanganku sebelum aku sempat masuk kedalam keretaku.

“Fik..,kemana Fik selama ini…?.Sari risaukan Fik.…bila Sari telefon rumah Fik… kata kawan Fik…,Fik telah meletakkan jawatan dan pulang ke kampung.Apa yang berlaku Fik?..,kenapa Fik menghilangkan diri?..,adakah ianya berkaitan dengan Sari?..,adakah Fik cuba melarikan diri dari Sari?…” bertalu-talu soalan yang timbul dari bibir yang mungil itu membuatkan aku tak mampu untuk menjawabnya ...Aku hanya diam… dan membiarkan Sarina tertanya-tanya…Setelah agak lama dan tak sanggup melihat wajah itu muram…,aku menjawab dengan nada yang perlahan.

“Sari..,jangan bimbang tentang Fik...Fik sihat…,hanya sedikit tertekan dengan keadaan kerja….Oleh itu ,Fik letakkan jawatan dan berehat di kampung bagi menenangkan fikiran…Itu saja”

Kelihatannya ,Sarina agak lega dan puas hati dengan penjelasanku.Namun…,riak wajahnya seolah-olah menyimpan satu persoalan yang berat…Lalu… perlahan-lahan… Sarina berbicara memecahkan kebuntuan.

“Fik…,sebenarnya… Sari ada masalah…Sari telah dipinang oleh sepupu Sari sendiri… dan kedua orang tua Sari bersetuju dengan peminangan itu…Fik…,biarpun apa yang Sari bakal katakan amat tidak sopan bagi seorang wanita timur…,namun …kehilangan Fik… memaksa Sari untuk menyatakannya…Fik…sebenarnya… Sari mengharapkan Fik menjadi teman hidup Sari...Ayah telah bersetuju takkan membantah kemahuan Sari..,kerana ayah tahu… kebahagiaan Sari terletak pada hati Sari.Walaupun sepupu Sari kacak dan baik..,namun Sari tak menyintainya.Sari… hanya cintakan Fik.Hanya Fik yang layak bertaktha di hati Sari.Sudikah Fik menjadikan Sari sebagai surimu….?”

“Sari….maafkan Fik…. Fik tak mampu melakukan itu….Bagi Fik…, Sari… telah Fik anggap sebagai adik kandung Fik sendiri...Terimalah sepupu Sari sebagai teman hidupmu.Terimalah dia demi kedua orang tua Sari….Fik percaya… dia akan menjadi suami yang lebih baik….Perasaan cinta akan tumbuh nanti…Berikanlah masa untuk ia mekar….Lebih baik… Sari… menyintai orang yang menyintai Sari… dari mengharapkan kasih Fik….Anggaplah Fik sebagai abang kandungmu”

Perlahan kututurkan kata yang terlalu bisa buatku….Ku rasakan seolah-olah hati ini direntap dengan seribu sembilu…Riak muka Sarina menunjukkan bahawa dia tidak dapat menerima kenyataan.Dia terus berlari… meninggalkan aku sendirian...Perlahan-lahan airmata yang berkaca berlinangan…Kesebakan hati yang terpendam…, terburai… tatkala aku memerhatikan insan yang paling aku cintai… ,lari dan menghilangkan diri .Aku menghidupkan kereta dan meninggalkan daerah pahit ini….Namun ditengah perjalanan aku terpaksa berhenti… kerana genangan airmata yang tak mampu ku bendung.

Sarina…,tahukah engkau …bahawa aku terlalu mencintaimu …sehingga… aku terpaksa melakukan pengorbanan ini...Biarlah kau kecewa sekarang…. dan meneruskan kehidupanmu …dari menanggung seksa di kemudian hari.Maafkan aku Sarina…,aku terlalu ingin membahagiakanmu… namun… takdir tidak membenarkan aku berbuat demikian….Maafkan aku.

Dua bulan kemudian… aku menerima kad undangan perkahwinan Sarina.Dengan hati yang terlalu berat.., aku gagahi diri menghadiri majlis itu….Kelihatannya… dia sangat anggun dengan pakaian pengantin…Namun… wajahnya yang sepatutnya gembira… kelihatan suram …sebaik sahaja terpandangkan wajahku di khalayak ramai…Perlahan,.. aku tampil ke depan untuk mengucapkan tahniah buat kedua mempelai…Saiful..,pengantin lelaki..,tersenyum gembira sambil menyambut salamku manakala Sarina kelihatan agak terluka…Matanya mula berkaca dengan genangan airmata…Untuk tidak merosakkan majlis, aku meminta diri.

Wajah Sarina dengan pakaian pengantinnya…. tak akan aku lupakan…Aku tahu… aku takkan dapat menjadikannya sebagai milikku dalam realiti...Aku… hanya dapat menjadikannya… sebagai milikku… di dalam impian yang tak akan tercapai. Biarpun hatiku terlalu luka ..,aku terpaksa merelakannya… kerana… aku tahu… ini ialah permainan takdir.. ,dan aku…,seorang insan biasa …yang takkan dapat melawan kehendakNya….Aku selalu berdoa agar Sarina memperolehi kebahagiaan yang dicarinya bersama Saiful...Moga Tuhan akan membahagiakan mereka ke akhir hayat.

Hari demi hari berlalu….Kesihatanku semakin meruncing.Pertuturanku menjadi sukar… dan demi mengelakkan rahsiaku dari diketahui oleh kedua orang tuaku…,aku pulang ke daerah ini.Dan kerinduan yang membuak terhadap senja… memaksa aku mengunjungi pantai yang menyimpan terlalu banyak nostalgia buatku...Aku kembali menjadi penanti setia senja yang indah dan bayu yang lembut,menantikan senja terakhir buatku …yang akan mendatang pada bila-bila masa sahaja…..



Seekor burung camar mengejutkan aku dari memoriku...Telah lama aku menjadi penanti setia dibatuan senja ini… namun tak pernah ia hinggap begitu dekat sekali….Perlahan… ia menghampiriku… lalu ku hulurkan tangan kearahnya.Camar itu kelihatan terlalu berani….Ia langsung tidak melarikan diri.

“Kau datang jua camar…?.Adakah kau akan menemaniku menikmati senja yang teramat indah ini…?.Mungkinkah kau akan menemaniku sepertimana Sari...? …Camar…. kita takkan dapat lama bersama… namun …aku gembira …kerana di saat-saat terakhirku…, aku dapat mengenalimu…Terima kasih camar…..”

Perlahan-lahan… aku menghulurkan tanganku kearah camar tersebut…Dengan tiba-tiba… aku merasa kesakitan yang teramat…Penyakitku menyerang dengan begitu mendadak… sehingga… aku tak mampu menahan airmata kesakitan...Lalu aku kehilangan keseimbanganku… dan terjatuh dari batuan senja…Sayup sayup… aku terdengar jeritan memanggil namaku… namun… aku tak mampu melihat dengan jelas siapa yang menjeritkan namaku…Sedikit demi sedikit…,ku dengar suara yang terlalu aku rindukan….Suara Sarina….

“Ya Allah…,Taufik…,apa yang terjadi?…Kenapa Fik nampak terlalu pucat….? Fik!… Fik?… ,kenapa ni?

“ Sari… maafkan Fik… kerana mengecewakan Sari…Fik tahu…. Fik takkan mampu membahagiakan Sari….. kerana …Fik menghidap penyakit barah otak yang tak dapat diubati...Cintailah Saiful… sebagaimana Sari pernah mencintai Fik...Janganlah dikenang kisah duka kita.”

“Saiful….. aku korbankan rasa cintaku pada Sari.. kerana aku tak sanggup melihat dia berduka di atas kematianku…Jagalah dia…,cintailah dia sepenuh hatimu…,.Janganlah kau persiakan pengorbananku”

Perlahan-lahan aku merasakan kepalaku dipangku Saiful….Sarina teresak di sampingku.

“Sari ….. jangan ditangisi pemergian Fik….Fik akan kembali kepada Tuhan…,tetapi… Fik rela… dan bersyukur… kerana diberi peluang… untuk menebus dosa dan kesilapan masa lalu….Tolong sampaikan salam sayang Fik …pada kedua orang tua Fik di kampung ya…?.Katakan…. Fik minta maaf kerana merahsiakan penyakit Fik...Halalkan segala makan minum Fik.. dan.. relakan Fik mengadap Tuhan…. dengan hati yang tenang…Bekalkan Fik dengan Al-Fatihah kalau sudi ya…?”

“Saiful…..Sari, hadapkan muka Fik… kearah senja itu…,Fik ingin menatapnya…. buat kali terakhir.”

Buat kali terakhir mukaku…. menghadap mentari yang semakin tenggelam….Aku pasti,inilah senja terakhir buatku… sebelum aku mengadapNya...Namun ..aku masih ada yang perlu diperkatakan.




“Sari… Fik tahu… nyawa Fik akan tamat bersama tenggelamnya mentari..,namun.. Fik mahu… Sari meneruskan kehidupan yang bahagia… bersama Saiful…Setiap senja… pasti berlalu… dan mentari… pasti akan kembali… selagi belum kiamat…Terbitkanlah hidup baru esok… bersama mentari yang akan menyinar…Lupakanlah,…lupakanlah senja ini”

Terlalu penat dan sukar bagi aku untuk mengutarakan ayat-ayat itu…Aku tak mampu berkata lagi…,hanya mampu mengucap syahadah didalam hati dengan bimbingan dari Saiful...Aku rela..,aku pasrah… menerima segalanya kerana aku dapat kembali dengan hati yang tenang….Terlalu tenang….


Senja ini..,akan kutinggalkan segala yang aku cintai dan sayangi….Selamat tinggal ibu dan ayah…,moga dipanjangkan umur dan ingati daku dalam doamu.Selamat tinggal Sarina dan Saiful…,moga kalian bahagia dengan kehidupan kalian….Selamat tinggal batuan…,senja…,pantai dan camar.Terima kasih kerana tak pernah jemu dengan penantianku….Terima kasih Ya Allah..,kerana sudi memberiku..,hambamu yang hina ini.., peluang untuk menebus kembali dosa dan ketelanjuranku.Syukur Ya Rahim… kerana memberiku kesempatan… melaksanakan apa yang harus aku laksanakan… dan membahagiakan orang yang aku kasihi….Selamat tinggal dunia...Aku perlu kembali sekarang..,…kembali…. pada Yang Satu……….



Hasil nukilan,
Aimmx.

Tarikh mula : 23 April 2001
Jam : 8.30 malam
Tarikh tamat : 25 April 2001
Jam : 5.03 pagi

“ KEHIDUPAN DI DUNIA HANYALAH SATU PERSINGGAHAN, BAGAIKAN MENTARI YANG TENGGELAM DITELAN SENJA, KITA PASTI AKAN KEMBALI PADANYA.OLEH ITU, CINTAILAH DAN TERUSKAN DENGAN KEHIDUPAN TETAPI BERSEDIALAH DENGAN BEKALAN BUAT HARI PENGADILAN , KERANA KITA PASTI AKAN KEMBALI PADA TUHAN,PENCIPTA,SERU SEKELIAN ALAM”

September 19, 2004

Memori Dari Sinar Bahagia Matamu

Malam semakin larut,namun aku masih terpaku,merenung kegelapan yang tak kunjung padam.Kegelapan malam ini seolah-olah satu sindiran tentang masa hadapanku yang masih belum tentu.Aku tahu esok bersama terbitnya suria,menjamah bumi bertuah ini,bersama itulah hancurnya hati dan perasaan cinta yang aku pupuk selama ini.Hancur bagi mendirikan mahligai bahagiamu diatas puing-puing dukaku ini.Aku rela,aku pasrah dan aku mengerti dengan apa yang terjadi,kerana aku tahu,disebalik kedukaan ku ini,tertulis sudah kebahagiaanmu.Lalu kupasang tekad,hari esok yang mendatang akan tetap aku lalui biarpun berkali-kali hati ini dilukai.Biar apapun yang mendatang, akan kutempuhi dengan senyuman.Biar ,biarlah luka ini bernanah,biarlah hati ini berkecai namun tekad ini akan tetap kukuh berdiri di atas pendirian yang teguh.

Aku tahu aku hanya seorang penanti yang takkan dapat menikmati apa yang dihajati kerana aku hanyalah mengharap pada yang tak sudi,namun hati ini begitu tegar, biarpun hanya memori, takkan kulepas biar apapun yang terjadi.

“Assalamualaikum, saya Sarimah”.

“Waalaikumussalam,…saya Azam.”

Begitulah detik pertama pertemuan antara aku dan dia, Sarimah, gadis yang ku puja. April 1997 menjadi saksi kepada perkenalanku dengannya. Walaupun selama ini aku pernah melihatnya beberapa kali dari jauh, namun aku belum pernah bertegur sapa dengannya. Kesederhaannya membuatkan dia tampak sukar didekati. Namun setelah seminggu bersama menjalani latihan mengajar di Sekolah Kebangsaan Mak Mandin, aku mulai mengenali Sarimah dan senang dengan penampilannya yang sederhana. Sarimah bukanlah seorang ratu…hanya seorang gadis biasa yang ramah dan tak pernah memandang hina pada sesiapa. Aku tak perlu berpura-pura dengannya.Hilai tawa dan gurau senda senantiasa mengiringi perbualan kami.Tak pernah ku duga akan jatuh cinta padanya…sungguh tak pernah.Sehinggalah suatu hari….

“Azam…kau ada apa-apa ke dengan Sarimah” Mogan, rakan sekelasku bertanya sambil tersenyum sinis.

“ Ada apa- apa? Mana ada apa -apa…dia kan rakan semaktab kita? Apsal kau tanya ni Mogan?
.
“ Kau sedar tak…masa kau tidur semalam…kau pangil nama Sarimah…kuat pulak tu…hingga aku, Moses dan Yat terjaga..?”

“ Aku panggil nama Imah?..Come on la Mogan…kalau ya pun, jangan la buat lawak macam ni…”

“ Betul Zam…Kau panggil nama Imah semalam…kalau kau tak percaya…tanya Yat” sampuk rakanku Moses.

“Betul tu Zam,… kalau kau tak percaya kami ada bukti” Norul Rizal rakanku yang lebih dikenali sebagai Yat mencelah.

“Sudah la tu geng,… kalau nak menipu orang pun biar la logik sikit. Aku tak ada apa-apa dengan Sarimah….korang ni…jangan la gossip tak tentu hala…apa…korang ingat aku ni artis ke nak gossip-gossip liar ni?.

“Okey…kalau tak percaya ,…cuba kau dengar ni..:

Norul Rizal memainkan radio perakam yang terletak di atas meja dibilik kami itu.Dan tanpa kusangka..dari pembesar suaranya…terdengar suaraku dengan jelas…memanggil manggil nama Sarimah dengan kuat.Mukaku menjadi merah di depan ketiga tiga rakan serumahku yang hanya tersenyum menyindir.Namun sesuatu bergolak didalam hati ini tatkala aku mendengar suaraku itu.Mengapa harus aku menyebut namanya? Adakah aku telah jatuh cinta padanya?

“ Berani kau nak nafikan lagi Zam?…bukti dah ada ni…tu, merah dah muka kau tu…macam kena bakar pulak…” Moses berkata sambil tertawa tanda kemenangan.

“Come on la guys…Aku tak ada apa-apa dengan Imah la..” jelasku walaupun nyata aku sendiri tak pasti dengan kenyataan yang telah aku keluarkan.

“ Alah Zam…takkan dengan member kamceng pun kau nak berahsia..come on la…be a gentlemen la my friend..” Mogan pula mendesakku.
“Kalau kau tak percaya ..apa aku nak buat..? terpulang pada korang la..you know my principe kan??…Aku kan bachelor for life….?

“Wei Azam….bachelor for life takkan panggil nama perempuan dalam tidur kau tau??…”

“Okey Yat…enough is enough…aku tak nak discuss pasal benda ni lagi. Cuma satu jer yang aku harap…korang jangan bagitau orang lain pulak okey…this is between us okey??.

“Kalau itu yang kau nak…okey…we promise…tapi ada satu syarat…”

“Apa syarat tu….?”

“ Kalau kau nak kenduri nanti jangan lupa jemput kami …..ha ha ha ha haa...”

Moses, Mogan dan Norul Rizal tertawa serentak manakala mukaku bertambah panas dengan sindiran pedas mereka itu.Lalu ku langkahkan kaki…kelauar dari rumah yang penuh dengan tawa rakan-rakan serumahku.Didalam hati ini terbetik dengan ribuan pertanyaan. Lalu ku langkahi kaki menuju entah kemana,mencari jawapan kepada seribu persoalan.Dan setelah sekian lama aku menyelami perasaan ini, akhirnya aku terpaksa mengaku bahawa...aku mencintainya dengan sepenuh hatiku.Namun jauh di sudut hati ,aku tahu aku tidak layak untuk mencintainya. Dia terlalu sempurna untukku.Dia berhak mendapat seorang lelaki yang lebih baik dariku.Akhirnya aku memutuskan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari teman teman serumahku.

" Yat,Moses, Mogan....I have a confession to make....aku sayangkan Imah.Sebenarnya aku pun tak sedar....tapi deep inside.. aku tertarik dengan dia.Cuma satu jer masalahnya...aku tak layak dengan dia"

"Come on la Azam...kau tu rendah sangat keyakinan diri....cepat mengalah...tak berani mencuba"

"Betul kata Yat tu Zam....cuba dulu...kau takkan tahu kalau tak mencuba kan?" Mogan pula mencelah.

"Macam ni Zam...aku, Yat dan Mogan akan senantiasa bantu kau...kami pun suka kalau kau dapat awek...tambah-tambah pulak kalau si Imah tu.Dia memang sesuai dengan kau...pandai melawak,simple tapi bijak.Macam pinang dibelah dengan...."

"Kapak...hahahaaa..." pantas Mogan mencelah sambil tertawa kuat.Lalu kami semua tertawa dengan riang.Aku akur dengan kata-kata rakanku..aku harus berani mencuba...lagipun kata pujangga.."perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama".Petang itu..kukumpulkan keberanian untuk meluahkan rasa hatiku..namun takdir penentu segala..ternyata Tuhan mempunyai perancangan yang lain buatku...sesuatu yang tak terduga.

"Azam....Abang Badrul nak jumpa kau di kantin" rakanku Azwan memberitahu.Setelah aku mengucapkan terima kasih kepadanya aku bergegas untuk menemui Badrul.Badrul adalah rakan serumahku ketika semester pertama dulu.Dia merupakan pelatih senior yang memegang jawatan Yang Dipertua Persatuan Guru Pelatih, satu jawatan tertinggi yang mampu dipegang oleh seorang pelatih.dia juga merupakan teman akrabku yang selalu saling menasihati.Hari ini dia bakal mendapat kejutan dariku. Akanku maklumkan padanya tentang perasaan hatiku terhadap Sarimah,rakan sekampungnya .Setibanya aku di kantin yang selalu menjadi tempat perkumpulan pelatih maktab itu,Badrul telah setia menunggu.

"Assalamualaikum Bad,....lama tak jumpa..apa cerita..?

"Waalaikumsalam....Zam...aku nak minta tolong kau la...boleh tak?"

"Kalau aku boleh tolong..aku tolong la..kalau tak...apa nak buat kan?.Tapi cakap la dulu kau nak minta tolong apa?"





"Kau rapat dengan Imah kan?...Sebenarnya begini..aku sukakan Imah tapi aku malu la nak beritahu dia perasaanku...so...aku harap kau dapat jemput dia makan malam dengan kita berdua...waktu tu aku akan beritahu dia tentang perasaan aku"

Bagai kaca yang jatuh terhempas ke batu lalu berkecai menjadi debu debu halus yang ditiup bayu.Begitulah perasaan hati ini tatkala telingaku menelan kata kata yang terlalu pahit untuk kutelan itu.Seorang yang lebih layak telah muncul.Seorang yang kacak,berketrampilan dan tentunya lebih sesuai dengan Sarimah berbanding dengan diriku yang serba kekurangan ini.Haruskah ku korbankan perasaanku untuk dua insan yang aku ambil berat?...Haruskah aku melukakan hati teman akrabku demi cinta?....atau haruskah aku berkorban demi kebahagiaan mereka?....Haruskah aku membina jambatan cinta antara mereka dengan kepingan hati ku agar mereka dapat menyeberang arus dugaan cinta...sedang kepingan hati itu diinjak. Haruskah..........

"Zam...hei Zam...kau dengar tak?. Kembali suara itu mengganggu dilema fikiranku.Mengapa...mengapa oh Tuhan...kala Kau buka hatiku untuk menerima cinta...Kau beri dugaan sebegini rupa?..Adakah ini ujian terhadap kemanusiaanku?......Tuhan...bantu aku membuat keputusan.....
"Hei Zam.....la haiiii....kau ni dah pekak ke...?

"Maaf....aku cuma terkejut jer...tak sangka kau sukakan Sarimah...kenapa kau tak pernah beritahu aku tentang hal ni? Kita kan tak pernah berahsia…?”

“Sebenarnya …aku tak berani…sampailah hari ni…bilamana aku dah tak mampu lagi nak membendung perasaan ini terhadapnya…so macammana…kau boleh tolong aku tak…?”

Bagaimana harus aku jawab persoalan itu?….hatiku menjerit-jerit meminta pertolongan.Tuhan…Bantu aku menangani masalah yang kuhadapi ini….apa yang harus aku lakukan …..berilah aku panduanMu..

“Zam…..boleh tolong ke tak”..ringkas pertanyaan itu tetapi menusuk jauh…lalu…

“InsyaAllah…aku akan cakap dengan Imah petang ini” perlahan tetapi ,pasti ,jawapan itu telah kuberikan.Aku tewas dengan persahabatan.Di mata Badrul terpancar satu sinar kepuasan…sinar yang telah memadamkan kehangatan impian aku ini.Sinar yang menusuk jauh kedalam lubuk kegelapan hati seorang insan yang bernasib malang.

Petang itu, petang dimana sepatutnya aku meluahkan perasaanku padanya, aku mengunjungi rumah sewa Sarimah yang berdekatan dengan rumahku.Dengan perlahan ku ketuk pintu rumah itu sambil memberi salam dengan seribu kekusutan yang terbelenggu di kotak pemikiranku.Terdengar suara halus membalas salam dari dalam.dan perlahan pintu itu terbuka.

“Oh..abang Azam…nak jumpa siapa?”

“Sarimah ada tak Fiza...?…suruh dia keluar kejap..kata abang nak jumpa.”

“Kejap ye…kak Imah…abang Azam nak jumpa”





Aku bergerak menuju ke arah tangga dimana aku selalu berjumpa dengannya.Tangga yang selalu menjadi saksi kepada percintaan pelatih maktab dan juga tempat perbincangan kumpulan belajar antara pelatih lelaki dan perempuan di Flat Jalan Kedah ini. Dari sini...pemandangan menara KOMTAR dan maktab yang kami sayangi jelas kelihatan. Bayu bertiup lembut menyapu pipiku.

“Azam….”

Perlahan aku menoleh kearah suara yang lembut itu.Sebuah senyuman menguntum dari bibirnya.Senyuman ikhlas yang aku tahu khas buat diriku petang itu.Terpana aku seketika.Meskipun kelihatannya dia terlalu sederhana dengan baju-t dan kain batik serta tudung kelabunya yang labuh..namun bagiku seolah seorang bidadari baru turun dari syurga untuk menyambut kedatanganku.Sayang sekali petang itu..bukanlah petang untukku.

“Apa hal kau cari aku ni Zam…?”

“Macam ni Imah…sebenarnya aku datang ni nak ajak kau makan malam ni di Su Ail Kenari. Badrul nak belanja kau dan aku…kau nak pergi tak…?”

“Syukur alhamdullillah…mak aku kata..rezeki jangan ditolak.Pukul berapa malam ni?”

“Pukul lapan setengah.Kami tunggu kau di Su Ail yer..?”
“InsyaAllah…nanti aku sampai”

Dengan kepastian itu, perlahan aku mengatur langkah meninggalkan tempat pertemuan kami.Tempat di mana sepatutnya kuluahkan perasaan ini.Namun apakan daya …takdir penentu segala.
Malam itu, atasan alasan untuk merokok, kutinggalkan mereka berbual berdua.Dari luar,kuperhatikan mereka mesra berbual dan bergurau senda.Tak tertahan hati ini melihat kemesraan itu. Titisan air mata mula bergenang, perlahan membasahi pipiku.Mujurlah tika yang sama…langit seolah turut menangisi pengorbananku. Rintikan hujan yang menciumi pipiku menghapus kesan titisan air mata seorang lelaki yang sedang terluka.Perlahan aku menyeka mataku dan melangkah kembali kedalam sambil menguntumkan senyuman tawar.Malam berlalu dengan pantas.Namun aku tahu dari sinar mata Badrul, dia telah meluahkan perasaannya.Sarimah kelihatan tertunduk malu namun dari sinaran matanya aku tahu..dia berasa bahagia kala itu.Sinaran mata meraka yang bercahaya dengan kegembiraan telah membuatkan hati ini dihujani dengan deraian kedukaan.Namun apa dayaku…inilah takdir yang harus aku tempuhi.

Masa berlalu dengan pantas.Kini Sarimah dan Badrul telah menjalani kehidupan sebagai pasangan kekasih.Dan aku menjadi jambatan cinta antara mereka..menyampai salam dan berita.Aku juga sentiasa memaklumkan Badrul yang kini telahpun tamat latihan tentang perkembangan terkini Sarimah.Ku peringati temanku tentang hari lahir kekasihnya.Semakin hari, aku rasa semakin tersiksa dengan kemesraan mereka yang terjalin.Tanggal Julai 1999, aku menamatkan latihan perguruanku.Dan serentak itu aku kini tidak lagi menjadi jambatan cinta mereka.Aku ditempatkan di Cheras, Selangor , manakala Sarimah pula ditempatkan di Rawang, Selangor. Tak kusangka rupanya Badrul terlalu lemah dalam menilai kesetiaan.Semenjak aku tidak lagi menjadi jambatan cinta mereka, perhubungan mereka meretak. Mungkin kelalaianku untuk mengingatkan Badrul tentang hari lahir Sarimah dan hari-hari yang penting baginya membuatkan Sarimah rasa terpinggir. Keengganan Badrul untuk menghubungi Sarimah juga telah membuatkan hubungan mereka semkin dingin.Lalu aku menjadi tempat luahan rasa hatinya.

Tanggal 10 Oktober tahun 2000, setelah dua bulan hubungan mereka terputus,aku meluahkan hatiku pada Sarimah.betapa terkejutnya aku kerana selepas itu dia memaklumkan padaku bahawa dia telahpun mengetahui tentang isi hatiku padanya sebelum dia bercinta dengan Badrul lagi,tetapi aku tak pernah punya keberanian untuk meluahkannya.Ternyata dia tak dapat menerima aku walaupun kini dia telah berpisah dengan Badrul.Hakikatnya aku hanyalah seorang teman yang setia baginya.Namun aku terus mencuba…mencari sinar harapan,mungkin suatu nanti hatinya akan terbuka untukku.Harapan tinggal harapan,mimpi bagiku takkan pernah menjadi realiti. Tanggal September 2002, aku menelefon Sarimah sekadar bertanya khabar.

“Azam….sebenarnya aku ada berita…cuti sekolah nanti ada orang yang akan masuk meminang aku.Lagipun aku dah putus harapan dengan Badrul.Mak aku suka dengan lelaki tu…jadi aku sanggup terima dia”

“Imah…Apa pun keputusan kau…pastikanlah kau akan bahagia…bila tarikh pernikahan kau Imah…?” Walapun terlalu sukar,terpaksa aku lafazkan kata-kata itu.

“InsyaAllah…kalau tak ada aral melintang…bulan Disember 14 hb. Kau jangan tak datang pulak ye…?”

“Aku berjanji…mati sekalipun aku akan datang.”

“Azam…jangan cakap macam tu…remember you are still my best friend kan….????”

“Hmmm…Okeylah Imah, aku nak kena telefon mak aku kejap…nanti aku senang …aku akan telefon kau lagi…Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam…”

Buat pertama kali dalam sejarah hidupku…aku terpaksa menipunya.Terpaksa kerana dadaku serasa terlalu sebak dan sarat dengan seribu bentuk keharuan. Aku gembira kerana dia telah menemui kebahagiaannya namun aku kecewa kerana kebahagiaan itu bukan datangnya dariku.Dia bukan lagi milikku….hanya sekadar memori kini…perlahan lahan realiti membangunkan aku dari fantasi. Aku sedar aku takkan mampu lagi bergurau senda, berbual mesra.Senyuman itu bukan lagi untukku….ianya milik seorang lelaki lain.seorang lelaki yang berjaya merebut berlian yang paling indah yang pernah kutemui.Berlian yang akan sentiasa berkilau di hati ini biarpun kini tiada lagi di genggamanku.

14 Disember 2002 tetap mendatang…walaupun hari ini adalah hari pengebumian hatiku jauh di pusara duka.Dengan hati yang berat aku ke rumahnya…tetap tersenyum di depan rakan rakan lain walaupun hujan berderaian dihatiku.Ketibaan Sarimah dan pengantin lelakinya disambut meriah oleh semua orang. Senyuman manis dilemparkan pada semua. Keayuannya menjadi sebutan semua orang.Dengan pakaian pengantin biru muda dan dandanan mak andam, aku sedar, bahawa mulai hari ini aku telah kehilangan dirinya.Tanganku sibuk memetik kamera merakamkan setiap detik hari bahagianya,namun jauh di lubuk hati…hanya Tuhan yang tahu.Sebelum melangkah meninggalkan kedua mempelai, aku tak puas menatap wajah itu buat kali terakhir.



Aku kini sendiri lagi…merenung kegelapan malam yang solah-olah menyindir nasibku….entah, aku sendiri pun tak tahu adakah masih adarasa cinta di hati ini . terkadang aku tertanya…apakah tindakan yang aku lakukan di masa silam itu betul atau tidak.Hanya apa yang mampu aku lakukan ialah berdoa…semoga Allah akan senantiasa membahagiakan dia….aku tak ingin sinar bahagia itu hilang dari matanya. Aku tak ingin senyuman itu lekang dari bibir mulusnya. Biarlah…biarlah hari yang mendatang ini penuh dengan duka namun aku kan terus tabah menghadapi segalanya dengan memori indah yang takkan terpadam dari ingatanku.Memori dari sinar bahagia matamu……….

Cinta adalah satu pengorbanan…biarpun terkadang kita terpaksa mengorbankan kebahagiaan kita….biarlah…biarlah puing puing kedukaan kita dijadikan tapak kebahagiannya asalkan kebahagiaan cinta itu menjadi milik orang yang kita cintai….itulah tanda pengorbanan cinta yang suci…


Hasil nukilan : Aimmx
Tarikh mula : 14 Disember 2002
Waktu mula : 08.30 pm
Tarikh siap : 02 januari 2003
Waktu siap : 01.45 a.m

September 16, 2004

Love


Love is not about owning,
It's about letting go,
Letting go of your heart
To someone you love and hoping
That the love will return doublefold.

Love is not about happiness,
It is about mixed feelings,
Mixed feelings of sorrow,love ,hurt,
It is also of sincerity,trust and purity.

Love is not about laughter,
It is about tears,
Tears of pain and joy,
Tears of betrayal and loyalty,
Tears of loss and found.

Love is not about trust,
It is about betrayal,
Betrayal to your heart that you promised to keep,
When you easily gave it away ,
To the one you adore.

Love is not about healing,
It is about the hurt that cuts sharp into you,
Each time you miss your beloved,
Each time both of you parted.

Love is not what you think,
It is more beyond what you can grasp,.
Love is ignorance,but a bliss
Love is highly subjective,
But yet attractive....

Love is.....
A blessing in disguise,
A sign that the Almighty is watching us,
And telling us that the Almighty loves us too....

And so...
Never think of love as anything,
But don’t you think of it as nothing,
Because love s actually anything and nothing,
Combined into everything,

September 15, 2004

Aim for the moon


Aim for the moon, at least you reach the mountain.

September 13, 2004

Sekuntum Bunga Yang Dipetik


Sekuntum bunga yang dipetik,
Biar betapa cantik,
Biar betapa harum,
Akan kehilangan segalanya

Biar bunga itu terus berkembang ,membesar,
Dalam jagaan alam,
Nescaya ia akan memberi seribu kebahagiaan ,
Pada seribu pemujanya.

Kau bagai bunga itu,
Harum dan mekar di taman larangan,
Biarpun tangan ini tak berdaya memetiknya,
Namun mata ini takkan lupa memujanya,

Selamat hari ulangtahun ,
Semoga Allah senantiasa memberkatimu ,
Dan jangan sesekali kau lupa,
Doaku sentiasa bersamamu.

September 12, 2004

Pergilah Sepi



Sepi,
Pergilah dikau dari sisi,
Jangan kau seksa diriku lagi,
Aku tak ingin ditemanimu,
Menjalani hari hari yang kelabu,

Sepi,
Menghindarlah dikau dari diri ini,
Pergilah dikau jangan kembali,
Aku tak ingin sendiri lagi,
Menyulam duka yang bertamu dihati

Sepi,
Cukuplah kau menemani,
Kini biarkan aku sendiri,
Menghitung hari demi hari,
moga ada bahagia yang menanti.

Sepi,
Biarkan daku sendiri,
Biarpun liku hidup penuh duri,
Akan tetap aku tempuhi,
Dengan semangt jati diri,

Sepi,
Doaku pada Ilahi,
Biarpun selamanya aku sendiri,
Biarlah aku tetap begini,
Jauh dari perassan sepi,

Pergilah sepi,
Takingin aku ditemanimu lagi.

September 11, 2004

Wanita



Wanita,
Kau suri dunia,
Kau bak bunga ditengah padang pasir,
Keindahanmu menjadi idaman semua.
Hingga tercetus perang kerananya.

Wanita,
Benarlah bak kata pepatah,
Tangan yang menghayun buaian,
Mampu menggoncang dunia,
Kerana darimulah lahirnya,
Pahlawan pejuang bangsa.

Wanita,
Benarlah bak kata pepatah,
Syurga terletak dikakimu,
Kerana dari ibu ibu,
Lahirnya ulamak pewaris ilmu.

Wanita,
Darjatmu begitu tinggi,
Senyummu satu pahala,
Taatmu satu jasa,
Kelahiran anakmu pembersih dosa,

Wanita,
Tak terkata jasamu pada umat manusia,
Kaulah racun, kaulah penawar segala,
Tanpamu tiadalah kita,
Kau ibu, kau anak, kau isteri berjasa
Kau penggerak nusa dan bangsa.

Wanita,
Kini kau semakin mengorak langkah,
Dalam arus ekonomi, kau menongkah,
Onak dan ranjau tidak kau peduli,
Biar apapun sanggup kau hadapi.

Tapi kini,
Setelah kau memajukan diri
Mengapa kau jadi begini,
Suami yang kau dahulu puji, kini kau keji,
Ayah yang dulu kau hormati, kini kau ludahi ,
Anak yang dulu kau kasihi, kini kau pijak dengan kaki.

Wanita,
Sedarlah,
Biar tinggi manapun dikau ,
Tinggi lagi kekuasaan tuhan.
Janganlah kau sesekali cuba,
Bermain dengan perintah yang maha kuasa.

Wanita,
Dulu tudungmu itu satu kewajipan,
kini hanya sekadar hiasan,
dulu kau terkenal sebagai penjahit,
kini kainmu seolah tidak berkait,
dulu suaramu sayup kedengaran,
kini suaramu tinggi mengawan.

Wanita,
Kembalilah pada asalmu,
Jadilah bak peribahasa ilmu,
Ibarat padi makin berisi makin menunduk,
Bukan kerbau menunjukkan tanduk.

Wanita,
Engkau ibu, engkau isteri,engkau suri dunia,
Buatlah keputusan dengan bijaksana,
Jangan maruahmu kau gadai,
Kelak nanti ditimpa badai,
Jangan kehormatanmu kau serah membuta tuli,
Kelak menangis darah pun takkan kembali.
Ingatlah, walaupun disebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita ,
Wujudmu tetap dari rusuknya.

September 10, 2004

Temui Dia

Bila dalam keraguan
Temuilah dia
Yang sentiasa mengasihimu
Menyayangimu tanpa mengira
Darjatmu, pangkatmu
Atau hartamu

Pabila kau dalam kekeliruan
Temuilah Dia, carilah Dia dalam dirimu
Pasti kau akan berjumpa dengan jalan
Keluar dari seribu kebuntuan

Pabila dirimu dalam keresahan
Temuilah Dia
Ketanangan pastikan mendatang
Keresahan pastikan menghilang

Pabila kau dalam kesedihan
Ingatilah Dia
Nescaya kau akan bertemu harapan
Pasti hilang segala duka dan beban

Pabila kau dalam kesenangan
Kenanglah Dia
Yang telah memberimu kegembiraan
Yang telah memberimu harapan
Yang telah memberimu penghidupan.

Temuilah Allah, dalam segala keadaan
Kerana dialah Tuhan seru sekelian alam
InsyaAllah hidupmu sentiasa bergemerlapan.

September 09, 2004

Letih


Letih

September 08, 2004

Aduh Pening Kepala

Aduh pening kepala,
Hari gaji dah hampir tiba,
Untung tak banyak,
Nyaris si bos terhenyak
Pekerja pula membuta,
Gaji tak lupa minta.

Aduh bila nak gaji,
Apa nak makan anak dan bini,
Sedang bos sibuk berjoli,
Cuti dalam dan luar negeri,
Pekerja disini menghitung hari,
Mendapat gaji penyambung rezeki.

Wahai pekerja dengar rintihanku ini,
Betapa perit mengira untung dan rugi,
Tak kira malam petang dan pagi,
Sibuk mengurus syarikat industri,

Dengar keluhan wahai majikan,
Ada masa kami tak makan,
Sibuk berkerja bersama rakan,
Demi memenuhi segala tuntutan,

Wahai pekerja butakah kamu,
Untungnya tidak, rugi bertamu,
Semakin botak kepala majikan
Mencari untung mencari jalan.

Wahai majikan butakah anda,
Anak dan isteri lapar dan dahaga,
Kami di sini sibuk bekerja,
Anda disana sibuk berbelanja.

Wahai majikan wahai pekerja,
Buang yang keruh, eratkan kerjasama,
Kalau untung kita yang rasa,
Kalau rugi tanggung bersama.

Wahai majikan wahai pekerja,
Jangan berbalah jangan bertelingkah,
Kelak nanti kita yang susah,
Jadilah bagai aur dan tebing,
Bersama sama maju seiring.

September 07, 2004

Rindu


R.i.n.d.u.
Lima huruf kecil
Namun mampu mengubah
Seorang yang tenang,
Menjadi seorang yang tak keruan.

Rindu mengajar erti kesabaran,
Erti kesetiaan dan ketabahan,
Namun rindu jua,
Mengajar erti keresahan,
Ketidaktentuan dan keraguan.

Rindu adalah satu perasaan
Yang mampu mendorong,
Tetapi ia juga suatu perasaan,
Yang mampu menyerong

Rindu,
Tanpa rindu aku keliru,
Namun ada kalanya kerinduan itu ,
Membuatkan aku bertambah keliru.

Rindu itu nikmat,
Namun ia juga satu seksaan.

September 06, 2004

Di Taman Ini


Di taman ini
Disaksikan rerama
Yang berterbangan indah,
Kau dan aku bertemu,
Setelah sekian lama
Memendam rindu

Di taman ini,
Bertemankan bebunga ungu
yang membisu,
Kita saling berbicara tanpa kata,
Mengungkap madah tanpa bicara,
Hanya hati yang mengolah rindu

Di taman ini..
Tanpa sebarang suara,
Hanya kicau beburung
Yang berterbangan riang,
Kita menyusun seribu bahasa
Namun lidah kelu tak terkata
Hanya mata berbicara bahagia

Di taman ini..
Bicara rindu terungkap jua,
Bicara bahagi terluah jua,
Hilang segala bicara duka,
Disimbahi mentari penyuluh cahaya

Di taman ini,
Kita berdua,
Tanpa perlu berbicara bahasa,
Segala persoalan terjawab jua.

September 05, 2004

Jejak-jejak Yang Hilang


Saujana harmoni sentiasa,
Anak anak desa,
Gigih menabur jasa,
Pada bumi bertuah,
Tanah Melayu yang amat dicinta.

Bumi ini bumi kita,
Bumi ini banyak jasanya,
Menabur budi tak terhingga,
Menyara kehidupan sepanjang masa

Nun disana ,
Anak desa gigih bekerja,
Mencari rezeki sesuap dua,
Buat menyara keluarga tercinta.

Betapa permai bumi merdeka,
Rakyat hidup dalam sentosa,
Saling membantu sesama kita,
Semua yang ada dikongsi bersama.

Namun kedamaian berkocak,
Anak anak pribumi mati ditembak,
Angkara penjajah yang amat tamak,
Ayah dan ibu kehilangan anak.

Bumi merdeka kian diperkosa,
Nafsu serakah penjajah durjana,
Angkara tamakkan harta dunia,
Anak pribumi menangung deita,

Buni merdeka kini terjajah,
Oleh semua golongan penjarah,
Namun anak desa takkan mengalah,
Biarpun bumi bermandi darah,

Bangkit semua para perwira,
Menentang segala musuh durjana,
Biar merah darah bumi tercinta,
Takkan berundur walau setapak Cuma.
Bumi tercinta kembali merdeka,
Rakyat jelata bersorak ria,
Hilang sudah penjajah durjana,
Maruah yang tergadai ditebus jua.

31 ogos tarikh keramat,
dalam sejarah pasti tercatat,
anak pribumi kembali nikmat,
mencari rezeki halal dan berkat.

Namun kini,
Anak bangsa lupakan diri,
Perwira bangsa dihina dikeji,
Budaya penjajah kembali diikuti.

Betapa malang perwira bangsa,
Penat menabur bakti dan jasa,
Kian dilupa pengorbanan mereka,
Tersisih sepi menghitung usia.

Andai kata perwira lama,
Dapat melihat keadaan kita,
Pasti mengalir air matanya,
Melihat anak anak bangsa,
Merdeka diri terjajah minda.

Jejak jejak pahlawan bangsa,
Kian pudar ditelan masa,
Andai tiada pewaris perwira,
Kelak tergadai maruah bangsa.

Moga kita kembali bersama,
Menghayati jejak yang hilang,
Agar nanti bangsa merdeka,
Dalam erti kata yang sebenarnya.

September 04, 2004

Apa Nak Jadi

Apa nak jadi dengan dunia
Sibuk berperang di sini disana,
Tak pernah aman tak pernah sentosa
Asyik derita datang menyangga.

Apa nak jadi politikus dunia,
Sibuk disini sibuk disana,
Konon membendung keganasan berleluasa,
Sebenarnya hati tak puas membinasa

Apa nak jadi para cendikiawan,
Hilangkah ilmu yang tuhan berikan,
Hingga tak kenal lawan dan kawan,
Sesama sendiri sibuk bercakaran

Apa nak jadi pegawai kerajaan,
Tak cukupkah gaji setiap bulan,
Hingga rasuah berleluasa diamalkan,
Sampai aduan tidak dilayan,

Apa nak jadi siswi dan siswa,
Sibuk berasmara di tepi tangga,
Lupa maruah lupa dosa pahala,
Ilmu yang ada letak dimana?

Apa nak jadi para ulama,
Sibuk berdakwah di sini disana,
Mendabik dada kononya mulia,
Maksiat depan mata tidak dicela?

Apa nak jadi para umarak,
Sibuk disini disana berarak,
Rakyat jelata sibuk bersorak,
Anak muda sibuk meneguk arak

Apa nak jadi dengan ibu bapa
Sibuk memberi nafkah dunia,
Nafkah akhirat jangan dilupa,
Kelak terconteng arang di muka.




Apa nak jadi dengan murid kita,
Belum cukup umur sibuk bercinta,
Surat cinta bermadah pujangga,
Dalam periksa gagal sentiasa

Apa nak jadi kontraktor kita,
Lain di suruh lain dibina,
Hingga hampir tercabut nyawa,
Anak anak harapan bangsa

Apa nak jadi ahli korporat,
Semakin lama semakin keparat,
Tak ingat dosa tak kenal berkat,
Asal untung semua dirembat

Apa nak jadi pemandu kita,
Dijalan raya sibuk berlumba,
Bukan disitu nak tunjuk juara,
Maut sabar menanti mangsa

Sedarlah kita wahai manusia,
Kita hidup menghitung usia,
Kalau begini takkan kemana,
Hukum tuhan tetap terlaksana

Bukan niat di hati ini
Untuk mencerca atau mengeji
Sekadar renungan saling mengingati
Moga hidup lebih diberkati.

September 03, 2004

Semalam, Hari Ini dan Esok


semalam adalah
rentetan hari ini
dan hari ini adalah
rentetan untuk hari esok..

hidup ini adalah
satu rentetan sejarah
yang takkan terputus
dari rahim siibu
hingga ke liang lahad..

hidup adakalanya
satu penderitaan,
ada kalanya satu hukuman,
ada kalanya satu kebahagian,
ada kalanya satu kurniaan,
manusia penentu corak
jalan yang harus ditepuhi

semalam, hari ini dan esok
bukan kuasa manusia
penentu segala,
tapi yang Maha Esa
berlaku segala adalah takdirnya
kita hanya hamba yang hina..
benarlah kata pepatah,
semalam adalah sejarah,
tanpa ilmu dari lipatan kisah,
manusia akan terus terjajah
:
minda nostalgia terungkap kembali,
mencari cari kepingan hati,
yang jatuh berderai ke muka bumi,
retak seribu takkan kembali,

walau kucantum kepingan hati,
takkan terubat lukaku ini,
walau kuhumban kedalam api,
takkan hangus kepingan sepi..
biarlah luka semalam
menjadi peneman sepi,

seorang pujangga
yang tinggal sendiri,

September 02, 2004

Aku Ingin


Aku ingin…..
Ingin lari dari dunia yang penuh dengan kepuraan
Ingin lari dari seribu kesibukan
Ingin lari dari sejuta kekalutan

Aku ingin…..
Ingin bisa hidup bertualang,
Bagai dedaun yang terbang,
Bagai beburung yang riang,
Bebas menerjah awan,
Menggapai seribu impian,

Aku ingin…..
Bermain pasir dipantai yang indah,
Melaung rasa di sawah yang luas terbentang,
Tanpa sesiapa menghalang,

Aku ingin…..
Bisa menikmati kehijauan alam,
Air terjun yang menjunam,
Menikmati mentari yang tenggelam,
Mengintai bulan dicelah dedaunan,
Menggapai bintang yang berkelipan





Aku ingin…..
Bisa mengecap nikmat Tuhan,
Bisa menghirup udara yang nyaman,
Bisa bersuara dengan lantang
dari sudut hati yang terpendam

Namun…..
Bagaimana bisa kulakukan semua itu,
Sedang hatiku gundah gulana,
Memikirkan nasib dunia,
Yang tak pernah aman dan sentosa,
Dari sikap tamakkan kuasa.

Aku ingin…..
Manusia di muka bumi ini,
Berpegang erat dalam persaudaraan,
Kerna kita semua insan
Ciptaan Yang Maha Kuasa Tuhan.

Aku ingin…..
Aku ingin…..
Aku ingin…..
Hidup.

September 01, 2004

Aimmx


ku anyam mengkuang duka,
buat kiriman hari bahagia,
si dia yang sangat kucinta,
moga bahagia selamanya

ku anyam tirai pilu,
walau penuh dengan sembilu,
biar berseri pelamin indah ,
walau hati dilanda gundah.

ku ukir kaca behias mewah,
dari kepingan hati yang pecah,
moga tetap berkilau indah,

kubina padamu mahligai,
dari puing jiwa yang berkecai,
biar bersemayam dikau yang tercinta,
bahagia selamanya disamping sidia.

biar kusisip luka dihati
jauh kelubuk memori,
moga dikau terus berseri,
hanya wajahmu dalam memori.....