September 28, 2004

Bersama Tenggelamnya Mentari

Senja makin menghampir.Perlahan-lahan mentari kian menghilang bagaikan ditelan oleh lautan yang meluas.Aku masih terpaku disini,melihat keindahan senja yang makin melarikan diri.Keindahan yang terpampang di mataku bagai mengajak aku untuk menghayati kebesaran Ilahi.Buih-buih ombak yang berkejaran ke pantai bagai tiada hari esok.Buih-buih itu seolah-olah berzikir memuji kebesaran Ilahi.Terkadang aku merasakan manusia bagaikan bebuih yang sibuk melanda ombak tanpa sebarang tujuan melainkan hanya bekejaran tanpa arah,sekadar rutin harian yang mesti dilakukan.Aku pernah bagai bebuih itu,berkejaran tanpa sebarang haluan,tanpa sebarang arah,tanpa sebarang tujuan.Namun kini,syukur terhadap Ilahi,aku telah menemukan cahaya yang akan menyinari kehidupanku.Telah kutemui nur yang diperuntukkan buat diriku.Nur yang suci ,timbul dari kesedaran yang abadi.Nur suci dari Ilahi..

Pernah suatu ketika dahulu aku mengharapkan agar cinta akan menghuni kamar hatiku ini tapi kini aku tidak mengharap lagi pada cinta.Aku hanya mengharapkan agar aku diberikan masa untuk menebus segala dosa silamku,kerana aku tahu masaku kini telah menghampir .Masa untuk aku menemui Penciptaku hampir tiba.Aku tiada masa lagi untuk berpeleseran dan menghabiskan masa aku bermain cinta.Aku kini harus menebus segala kesilapanku,membayar segala hutangku dan menambahkan amalanku agar aku dapat kembali dengan penuh ketenangan. Aku bersyukur kerana walaupun aku harus kembali kepadaNya,aku berpeluang menebus segala ketelanjuranku.Aku rasakan seolah diberikan peluang kedua.Satu peluang yang tak harus aku persiakan….


Terlalu lama aku disini.Terlalu asyik aku menatap keindahan bumi ciptaan Ilahi.Terlalu jauh aku mengelamun,memikirkan kembali nostalgia yang menghantui diriku…………..

“Assalamualaikum”

Satu suara yang lembut menyapaku dari arah belakang.

“Waalaikumussalam”

“Maafkan saya sekiranya saya menggangu saudara...Kalau tak salah saya…, saudara ni Taufik ,…dari kelas 6 atas Marikh?”

Aku terdiam sebentar sambil memerhatikan wajah yang ayu itu.Raut alis matanya mengingatkan aku pada seseorang yang pernah aku kenali.Puas aku cuba untuk mengingatkan kembali wajah itu namun usahaku menemui kebuntuan.Maklumlah telah lama aku tinggalkan alam persekolahan.Wajah ayu itu agak kemerahan menahan malu sehingga membuatkan aku tersedar dan malu sendiri dengan perlakuanku.



“Ya..,saya Taufik…,boleh saya tahu siapa saudari?…Rasanya…. saya pernah mengenali saudari… tapi minta maaflah… daya ingatan saya ni kurang baik.”

“Saya Sarina….,dari kelas 5 Utarid…, kan dahulu saudara pernah memberikan motivasi pada pelajar tingkatan 5?...Saya termasuk dalam kumpulan yang berada dibawah pengawasan saudara….Ingat tak?”

“ Oh ya!… Maafkan saya…,maklumlah… dah tujuh tahun saya tinggalkan alam persekolahan….Tak sangka saudari masih ingat dengan saya”

“Tak payahlah bersaudari dengan saya… ,panggil saja Sarina ….atau Rina,… itu kan lebih mesra?.”

“Kalau begitu… Sarina panggil saya Taufik atau Fik saja…,tak payah bersaudara-saudara dengan saya”

“Taufik…,Taufik marah tak… kalau Rina tanya Taufik satu soalan?” petah bibir mungil itu berbicara.

Tanyalah…,apa salahnya?”

“Rina perhatikan… Taufik selalu disini,…terkadang bagaikan dialam yang tersendiri...Apa yang Taufik fikirkan?”

“Sebenarnya,,,, ,Taufik kagum dengan keindahan alam ciptaan Tuhan…Terlalu cantik…, sehingga tak jemu mata memandangnya”

“Tak sangka ya…..,puitis juga orangnya Taufik ni”

“Oh ya….,tadi… Sarina cakap Sarina selalu memerhatikan Taufik…….,Taufik tak pernah nampak Sarina di kawasan ini pun…,dari mana Sarina perhatikan Taufik?”

“Dari rumah Rina..,tu..,rumah yang warna biru tu….”bicaranya sambil menunjukkan kearah sebuah rumah besar yang terletak tidak jauh dari batuan yang aku duduki.

Petang itu dihabiskan dengan perbualan mengenai kisah kisah silam.Tak pernah kusangka…,Sarina yang selalu menjadi rebutan dikalangan rakanku… kini bergelar akauntan di sebuah syarikat yang besar...Setelah senja menjelang dan azan Maghrib berkumandang…,aku meminta diri untuk pulang.Sejak itu… aku tak pernah keseorangan lagi…Sarina sentiasa menjadi temanku.Suasana petang dihabiskan dengan berbual tentang berbagai perkara. Terkadang… kami diam dan hanya sekadar menikmati keindahan senja dan kelembutan bayu yang menyapa.





Hari demi hari berlalu…Perhubungan antara kami semakin rapat...Sarina kini kupanggil Sari…,sesuai dengan perwatakan lembutnya yang dapat menambat hatiku.Telah ku semaikan harapan untuk menjadikan Sarina sebagai suri hidupku.Aku juga pasti Sarina menyimpan perasaan yang sama terhadapku.Tapi ternyata manusia tidak berkuasa mengubah takdir yang telah ditetapkan….

Petang itu…,kurasakan petang yang paling manis dan bersejarah buatku.Petang itu…,aku telah berjanji pada diriku sendiri bahawa aku akan meluahkan perasaanku terhadapnya.Namun entah mengapa…,dengan tiba-tiba aku menjadi terlalu pening dan sakit kepala….Memanglah aku kerap menghadapi sakit kepala tetapi taklah seserius petang itu.Aku pitam….dan buat pertama kali… aku memungkiri pantai dan senja yang indah itu.Aku dikejarkan ke hospital...Aku tersedar dari pitamku dan apa yang kelihatan… hanyalah manusia yang berseragamkan pakaian putih...Aku ditahan selama tiga hari untuk pemeriksaan lanjut.Akhirnya… keputusan kini berada di tangan doktor yang merawatku….

Aku takkan dapat melupakan saat yang paling pahit itu...Saat dimana aku terpaksa menghadapi kenyataan dan mengorbankan segalanya yang aku sayangi….

“Encik Taufik…,saya harap… encik dapat bersabar… dan menerima kenyataan… dengan hati yang terbuka.Kami telah menjalankan berbagai pemeriksaan…, dan hasil dari penelitian kami…,encik… menghadapi penyakit kanser otak yang tak boleh diubati….Penyakit kanser encik telah memasuki tahap kritikal… dan kami menjangkakan …bahawa encik hanya dapat hidup… lebih kurang 8 bulan lagi…Ketumbuhan yang terdapat pada otak encik terlalu besar… dan… berada di kawasan saraf yang sangat sensitif.Kami tak berupaya untuk melakukan pembedahan… kerana risikonya sangat tinggi….Saya harap encik dapat memahaminya … dan bersabarlah. Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaiknya….”

Aku hanya terdiam bagaikan pesalah yang yang baru dijatuhkan hukuman bunuh….Walaupun tutur kata doktor tersebut lembut dan mengandungi nada simpati… namun bagiku… ianya bagaikan pisau tajam yang menghiris hatiku….Lapan bulan….Dalam masa lapan bulan aku akan menemui Penciptaku…..Masa yang terlalu singkat aku rasakan….Aku ingin terus hidup.Aku ingin berkongsi kegembiraan dengan Sarina…,bakal suriku….Namun kini …segalanya kelihatan gelap-gelita….Masa depanku hanyalah sekeping kain putih dan liang lahat….Tuhan…. ,aku belum bersedia untuk mati...Terlalu banyak yang harus aku penuhi ..,terlalu banyak yang aku idamkan…. sedangkan masa yang diberi… terlalu singkat.Walau apapun yang aku lakukan..,walau betapa kuat hatiku membantah….,hakikatnya… aku akan mati…Aku perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan… sebelum aku kembali padaNya.Aku perlu melakukan pengorbanan...Aku perlu..,aku mesti… dan aku akan melakukan apa saja agar penderitaanku tidak akan melibatkan orang lain.






Lalu..,atas permintaanku..,penyakitku dirahsiakan dari pengetahuan semua terutamanya Sarina…Aku tak ingin mengecewakan hatinya… namun aku terpaksa… demi kebaikan dirinya.Aku tahu… aku takkan berupaya untuk membahagiakan dirinya… dan… aku tak ingin melihat dia kesedihan akibat kematianku.Lalu…, petang penentuan itu…,dengan langkah yang terlalu layu…,kutinggalkan hospital..l.Kepada rakan serumahku..,kunyatakan bahawa aku hanya mengidap penyakit biasa akibat kepenatan.Dengan memberikan alasan menyelesaikan masalah peribadi…,ku letakkan jawatanku.Aku kembali ke kampung bagi menyelesaikan segala tanggungjawabku terhadap kedua orang tuaku...Berbekalkan wang simpananku yang agak banyak…,ku hantar keduanya menunaikan haji...Kepada mereka kunyatakan bahawa aku berhenti kerana mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik…

Namun… aku terus membiarkan Sarina…,kerana aku terlalu takut hatiku akan mengkhianatiku… dan hasratku untuk melakukan pengorbanan tidak akan tercapai sekiranya aku melihat butiran airmata berguguran dari pipinya….Akhirnya ,perasaan rindu terhadap pantai,senja dan beburung camar tidak dapat dibendung lagi…..

Lalu…, aku kembali ke daerah yang biasa ku kunjungi….Dan petang itu…, aku terperangkap dengan perasaanku sendiri…Sarina yang telah lama tidak kuhubungi…, tergesa-gesa datang kepadaku dengan riak muka yang cemas….Aku cuba untuk bangun dan meninggalkan batuan senja…tetapi dia pantas menarik tanganku sebelum aku sempat masuk kedalam keretaku.

“Fik..,kemana Fik selama ini…?.Sari risaukan Fik.…bila Sari telefon rumah Fik… kata kawan Fik…,Fik telah meletakkan jawatan dan pulang ke kampung.Apa yang berlaku Fik?..,kenapa Fik menghilangkan diri?..,adakah ianya berkaitan dengan Sari?..,adakah Fik cuba melarikan diri dari Sari?…” bertalu-talu soalan yang timbul dari bibir yang mungil itu membuatkan aku tak mampu untuk menjawabnya ...Aku hanya diam… dan membiarkan Sarina tertanya-tanya…Setelah agak lama dan tak sanggup melihat wajah itu muram…,aku menjawab dengan nada yang perlahan.

“Sari..,jangan bimbang tentang Fik...Fik sihat…,hanya sedikit tertekan dengan keadaan kerja….Oleh itu ,Fik letakkan jawatan dan berehat di kampung bagi menenangkan fikiran…Itu saja”

Kelihatannya ,Sarina agak lega dan puas hati dengan penjelasanku.Namun…,riak wajahnya seolah-olah menyimpan satu persoalan yang berat…Lalu… perlahan-lahan… Sarina berbicara memecahkan kebuntuan.

“Fik…,sebenarnya… Sari ada masalah…Sari telah dipinang oleh sepupu Sari sendiri… dan kedua orang tua Sari bersetuju dengan peminangan itu…Fik…,biarpun apa yang Sari bakal katakan amat tidak sopan bagi seorang wanita timur…,namun …kehilangan Fik… memaksa Sari untuk menyatakannya…Fik…sebenarnya… Sari mengharapkan Fik menjadi teman hidup Sari...Ayah telah bersetuju takkan membantah kemahuan Sari..,kerana ayah tahu… kebahagiaan Sari terletak pada hati Sari.Walaupun sepupu Sari kacak dan baik..,namun Sari tak menyintainya.Sari… hanya cintakan Fik.Hanya Fik yang layak bertaktha di hati Sari.Sudikah Fik menjadikan Sari sebagai surimu….?”

“Sari….maafkan Fik…. Fik tak mampu melakukan itu….Bagi Fik…, Sari… telah Fik anggap sebagai adik kandung Fik sendiri...Terimalah sepupu Sari sebagai teman hidupmu.Terimalah dia demi kedua orang tua Sari….Fik percaya… dia akan menjadi suami yang lebih baik….Perasaan cinta akan tumbuh nanti…Berikanlah masa untuk ia mekar….Lebih baik… Sari… menyintai orang yang menyintai Sari… dari mengharapkan kasih Fik….Anggaplah Fik sebagai abang kandungmu”

Perlahan kututurkan kata yang terlalu bisa buatku….Ku rasakan seolah-olah hati ini direntap dengan seribu sembilu…Riak muka Sarina menunjukkan bahawa dia tidak dapat menerima kenyataan.Dia terus berlari… meninggalkan aku sendirian...Perlahan-lahan airmata yang berkaca berlinangan…Kesebakan hati yang terpendam…, terburai… tatkala aku memerhatikan insan yang paling aku cintai… ,lari dan menghilangkan diri .Aku menghidupkan kereta dan meninggalkan daerah pahit ini….Namun ditengah perjalanan aku terpaksa berhenti… kerana genangan airmata yang tak mampu ku bendung.

Sarina…,tahukah engkau …bahawa aku terlalu mencintaimu …sehingga… aku terpaksa melakukan pengorbanan ini...Biarlah kau kecewa sekarang…. dan meneruskan kehidupanmu …dari menanggung seksa di kemudian hari.Maafkan aku Sarina…,aku terlalu ingin membahagiakanmu… namun… takdir tidak membenarkan aku berbuat demikian….Maafkan aku.

Dua bulan kemudian… aku menerima kad undangan perkahwinan Sarina.Dengan hati yang terlalu berat.., aku gagahi diri menghadiri majlis itu….Kelihatannya… dia sangat anggun dengan pakaian pengantin…Namun… wajahnya yang sepatutnya gembira… kelihatan suram …sebaik sahaja terpandangkan wajahku di khalayak ramai…Perlahan,.. aku tampil ke depan untuk mengucapkan tahniah buat kedua mempelai…Saiful..,pengantin lelaki..,tersenyum gembira sambil menyambut salamku manakala Sarina kelihatan agak terluka…Matanya mula berkaca dengan genangan airmata…Untuk tidak merosakkan majlis, aku meminta diri.

Wajah Sarina dengan pakaian pengantinnya…. tak akan aku lupakan…Aku tahu… aku takkan dapat menjadikannya sebagai milikku dalam realiti...Aku… hanya dapat menjadikannya… sebagai milikku… di dalam impian yang tak akan tercapai. Biarpun hatiku terlalu luka ..,aku terpaksa merelakannya… kerana… aku tahu… ini ialah permainan takdir.. ,dan aku…,seorang insan biasa …yang takkan dapat melawan kehendakNya….Aku selalu berdoa agar Sarina memperolehi kebahagiaan yang dicarinya bersama Saiful...Moga Tuhan akan membahagiakan mereka ke akhir hayat.

Hari demi hari berlalu….Kesihatanku semakin meruncing.Pertuturanku menjadi sukar… dan demi mengelakkan rahsiaku dari diketahui oleh kedua orang tuaku…,aku pulang ke daerah ini.Dan kerinduan yang membuak terhadap senja… memaksa aku mengunjungi pantai yang menyimpan terlalu banyak nostalgia buatku...Aku kembali menjadi penanti setia senja yang indah dan bayu yang lembut,menantikan senja terakhir buatku …yang akan mendatang pada bila-bila masa sahaja…..



Seekor burung camar mengejutkan aku dari memoriku...Telah lama aku menjadi penanti setia dibatuan senja ini… namun tak pernah ia hinggap begitu dekat sekali….Perlahan… ia menghampiriku… lalu ku hulurkan tangan kearahnya.Camar itu kelihatan terlalu berani….Ia langsung tidak melarikan diri.

“Kau datang jua camar…?.Adakah kau akan menemaniku menikmati senja yang teramat indah ini…?.Mungkinkah kau akan menemaniku sepertimana Sari...? …Camar…. kita takkan dapat lama bersama… namun …aku gembira …kerana di saat-saat terakhirku…, aku dapat mengenalimu…Terima kasih camar…..”

Perlahan-lahan… aku menghulurkan tanganku kearah camar tersebut…Dengan tiba-tiba… aku merasa kesakitan yang teramat…Penyakitku menyerang dengan begitu mendadak… sehingga… aku tak mampu menahan airmata kesakitan...Lalu aku kehilangan keseimbanganku… dan terjatuh dari batuan senja…Sayup sayup… aku terdengar jeritan memanggil namaku… namun… aku tak mampu melihat dengan jelas siapa yang menjeritkan namaku…Sedikit demi sedikit…,ku dengar suara yang terlalu aku rindukan….Suara Sarina….

“Ya Allah…,Taufik…,apa yang terjadi?…Kenapa Fik nampak terlalu pucat….? Fik!… Fik?… ,kenapa ni?

“ Sari… maafkan Fik… kerana mengecewakan Sari…Fik tahu…. Fik takkan mampu membahagiakan Sari….. kerana …Fik menghidap penyakit barah otak yang tak dapat diubati...Cintailah Saiful… sebagaimana Sari pernah mencintai Fik...Janganlah dikenang kisah duka kita.”

“Saiful….. aku korbankan rasa cintaku pada Sari.. kerana aku tak sanggup melihat dia berduka di atas kematianku…Jagalah dia…,cintailah dia sepenuh hatimu…,.Janganlah kau persiakan pengorbananku”

Perlahan-lahan aku merasakan kepalaku dipangku Saiful….Sarina teresak di sampingku.

“Sari ….. jangan ditangisi pemergian Fik….Fik akan kembali kepada Tuhan…,tetapi… Fik rela… dan bersyukur… kerana diberi peluang… untuk menebus dosa dan kesilapan masa lalu….Tolong sampaikan salam sayang Fik …pada kedua orang tua Fik di kampung ya…?.Katakan…. Fik minta maaf kerana merahsiakan penyakit Fik...Halalkan segala makan minum Fik.. dan.. relakan Fik mengadap Tuhan…. dengan hati yang tenang…Bekalkan Fik dengan Al-Fatihah kalau sudi ya…?”

“Saiful…..Sari, hadapkan muka Fik… kearah senja itu…,Fik ingin menatapnya…. buat kali terakhir.”

Buat kali terakhir mukaku…. menghadap mentari yang semakin tenggelam….Aku pasti,inilah senja terakhir buatku… sebelum aku mengadapNya...Namun ..aku masih ada yang perlu diperkatakan.




“Sari… Fik tahu… nyawa Fik akan tamat bersama tenggelamnya mentari..,namun.. Fik mahu… Sari meneruskan kehidupan yang bahagia… bersama Saiful…Setiap senja… pasti berlalu… dan mentari… pasti akan kembali… selagi belum kiamat…Terbitkanlah hidup baru esok… bersama mentari yang akan menyinar…Lupakanlah,…lupakanlah senja ini”

Terlalu penat dan sukar bagi aku untuk mengutarakan ayat-ayat itu…Aku tak mampu berkata lagi…,hanya mampu mengucap syahadah didalam hati dengan bimbingan dari Saiful...Aku rela..,aku pasrah… menerima segalanya kerana aku dapat kembali dengan hati yang tenang….Terlalu tenang….


Senja ini..,akan kutinggalkan segala yang aku cintai dan sayangi….Selamat tinggal ibu dan ayah…,moga dipanjangkan umur dan ingati daku dalam doamu.Selamat tinggal Sarina dan Saiful…,moga kalian bahagia dengan kehidupan kalian….Selamat tinggal batuan…,senja…,pantai dan camar.Terima kasih kerana tak pernah jemu dengan penantianku….Terima kasih Ya Allah..,kerana sudi memberiku..,hambamu yang hina ini.., peluang untuk menebus kembali dosa dan ketelanjuranku.Syukur Ya Rahim… kerana memberiku kesempatan… melaksanakan apa yang harus aku laksanakan… dan membahagiakan orang yang aku kasihi….Selamat tinggal dunia...Aku perlu kembali sekarang..,…kembali…. pada Yang Satu……….



Hasil nukilan,
Aimmx.

Tarikh mula : 23 April 2001
Jam : 8.30 malam
Tarikh tamat : 25 April 2001
Jam : 5.03 pagi

“ KEHIDUPAN DI DUNIA HANYALAH SATU PERSINGGAHAN, BAGAIKAN MENTARI YANG TENGGELAM DITELAN SENJA, KITA PASTI AKAN KEMBALI PADANYA.OLEH ITU, CINTAILAH DAN TERUSKAN DENGAN KEHIDUPAN TETAPI BERSEDIALAH DENGAN BEKALAN BUAT HARI PENGADILAN , KERANA KITA PASTI AKAN KEMBALI PADA TUHAN,PENCIPTA,SERU SEKELIAN ALAM”

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home