Seredup Janji Mu
Semalam,
Tatkala kita memadu janji,
Kau berbisik padaku,
Bahawa kasihmu teramat suci,
Rupanya hempedu bersalut madu,
Semalam,
Tika kita dilamun bahagia,
Seolah dunia dicipta untuk kita,
Mendung kelabu muncul tiba tiba,
Menghancurkan impian yang dibina,
Semalam,
Tika bahagia menemani kita,
Terlupa kita pada bencana,
Yang bakal menimpa,
Pabila janji dan kata didusta.
Hari ini,
Aku berdiri diatas puing puing janji
Yang penah kita meterai,
Yang tinggal kini hanya mimpi,
Yang takkan mungkin menjadi realiti
Hari ini,
Memori luka bertamu lagi,
Seolah olah menuntut janji,
Agar mimpi menjadi realiti,
Tercapai hasrat dilubuk hati.
Hari ini,
Seredup mentari yang menyinari,
Tika memori datang bertamu,
Tak ingin kupercaya lagi,
Pada janji seredup janjimu.
Tatkala kita memadu janji,
Kau berbisik padaku,
Bahawa kasihmu teramat suci,
Rupanya hempedu bersalut madu,
Semalam,
Tika kita dilamun bahagia,
Seolah dunia dicipta untuk kita,
Mendung kelabu muncul tiba tiba,
Menghancurkan impian yang dibina,
Semalam,
Tika bahagia menemani kita,
Terlupa kita pada bencana,
Yang bakal menimpa,
Pabila janji dan kata didusta.
Hari ini,
Aku berdiri diatas puing puing janji
Yang penah kita meterai,
Yang tinggal kini hanya mimpi,
Yang takkan mungkin menjadi realiti
Hari ini,
Memori luka bertamu lagi,
Seolah olah menuntut janji,
Agar mimpi menjadi realiti,
Tercapai hasrat dilubuk hati.
Hari ini,
Seredup mentari yang menyinari,
Tika memori datang bertamu,
Tak ingin kupercaya lagi,
Pada janji seredup janjimu.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home