Sehingga Maut Bertamu
Hati,
Mengapa dikau sering begini,
Mengharap pada yang tidak sudi,
Apakah kau belum mengerti,
Kebahagiaan itu takkan kau miliki,
Jiwa,
Belum cukupkah kau menderita,
Percaya tanpa dipercaya,
Seringkali kau diperdaya,
Akhirnya dikau berputih mata,
Cinta,
Kata insan cinta itu buta,
Mungkin benar seperti dikata,
Sehingga diriku tak pernah dijumpa,
Saban waktu asyik terkecewa,
Aku pula,
Hanya mampu sendiri sahaja,
Saban waktu menganyam duka,
Aku sekadar sahabat biasa,
Takkan mampu meraih cinta,
Jadi mengapa,
Mengapa harus ada rasa,
Rasa ingin dipercaya,
Bila aku hanya selalu diperdaya,
Oleh mainan pentas dunia,
Mungkin benar seperti ku rasa,
Cinta itu itu untuk mereka,
Bukan untukku insan yang hina,
Yang hanya mampu menganyam derita,
Tidur bertilamkan mengkuang duka,
Biarlah kini,
Hati yang hidup kembali,
Menjadi keras bagai keluli,
Kerana aku takkan sanggup lagi,
Menaruh harapan sekian kali,
Mungkin takdirnya begini,
Hidupku di muka bumi,
Sepanjang masa mengira hari,
Sepanjang waktu mengira sepi,
Sepanjang hayat tetap sendiri,
Kerana aku sudah jemu,
Mengharap kasih datang bertamu,
Mengharap percaya menjenguk diriku,
Biar aku begini selalu,
Sehingga maut menjemput diriku.
1 Comments:
the words break the heart of.
kinky
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home