Tsunami
"Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap,
- Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak."
Maryam: 89-92
Dalam sejarah, tarikh 26 Disember rupa-rupanya adalah tarikh 'maut'.
26 Disember 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.
26 Disember 1939 gempabumi 7.9 Richter berlaku di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.
Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga berlaku pada awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut beratus nyawa.
26 Disember 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.
26 Disember 2004 gempabumi berlaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa dan jumlahnya terus meningkat.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home